Power Ranger's

My photo
JOHO, Malaysia
assalamualaikum . budak tahun tikus membesar di sini . candidate SPM'13 . straight A's . Aminn :)

Thursday, March 28

Watak

Assalamualaikum peeps .

''Jika ingin kan sekolah yang makmur , maka makmurkanlah suraunya , kerana surau adalah hati sekolah , dan Maahad ini hati Kami , makmurnya surau makmurlah Kami , tetapi runtuhnya surau , runtuhlah Kami , runtuhlah masa hadapan ''


( kata-kata pujangga  )

tejumpa ayat nih apabila menyelak nyelak buku rujukan di perpustakaan sekolah . gerangan yang penuh dengan misteri , memang gemar meluahkan perasaan dimerata tempat , seakan ingin mengkhabarkan kepada penduduk dunia apa yang terlintas di benak nya ketika itu . dia berpotensi dia berkebolehan dia mempunyai sesuatu apa yang mungkin orang lain tidak mempunyainya . dengan raut wajah sahaja dapat mendefinisikan keinginannya yang besar untuk membuat sesuatu yang dapat menggemparkan dan membanggakan . tetapi 'orang yang bijak tidak pernah sesekali mencari alasan' . tolong ! alasan bukan lah jalan bagi seorang bijak . dalam hati ini yakin dan percaya yang gerangan merupakan seorang yang bijaksana . sempat terkilan seketika apabila melihat , sikapnya yang terkadang aneh dan terkadang mengkagumkan . dan memek mukanya yang sukar untuk ditafsirkan . seperti orang yang sedang menguruskan masalah kemerosotan ekonomi negara . pernah terlintas untuk menyapa . tetapi keberaniaan itu tidak ada . hanya mampu berdoa dalam hati semoga kau diberi petunjuk dan jalan yang mudah untuk menyelesaikan setiap apa kesulitan . 


'' Orang yang Bijaksana Lebih Terkesan dengan  BISIKAN berbanding JERITAN ''

terkadang hati ini terkedu , merasa 'adakah aku salah?' hati kacau otak bercelaru . pernah aku berfikir , perkara yang remeh temeh juga dapat merungsingkan kepala otak ? ya , sering aku duduk mendiamkan diri . memikirkan apa yang telah jadi . memuhasabahkan diri ini . dengan tenang untuk mencari solusi . tidak akan pernah aku mengambil enteng tentang apa yang telah aku lalui dalam hidup ini . Allah akan memberikan ujian kepada hambanya supaya kita berfikir dan mencari iktibar daripadanya . walaupun sekecil zahrah masalah itu , ingatlah mungkin ada hikmah disebaliknya . aku cuba . aku berusaha . aku ingin menjadi seorang hamba yang bijak dan tidak mudah putus asa  . aku yakin . dengan berfikiran yang positif dan adanya  Allah disisi , Insyaallah aku harapkan hidup yang bahagia bersama orang terCINTA .


'' Ya Tuhan Kami , janganlah engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami , dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau , kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi ( karunia ) ''
( QS Ali Imran 3:8 )

Ya Allah , aku sangat menyanyangi semua insan yang ada dalam hidup aku . 


seorang Adik yang hadir,
memberi sejuta pesanan . 
Terima kasih Adik :)



No comments:

Post a Comment