Power Ranger's

My photo
JOHO, Malaysia
assalamualaikum . budak tahun tikus membesar di sini . candidate SPM'13 . straight A's . Aminn :)

Thursday, May 23

terima kasih .

Assalamualaikum peeps .

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . Terima kasih Ya allah Kau masih beri aku ruang dan kesempatan untuk aku melihat ibu dan ayah aku tersenyum bahagia . Terima kasih kerana Engkau beri aku kesempatan untuk bernafas di bumiMu Ya Allah . Terima kasih kerana Engkau masih berikan nikmat islam dan iman dalam diri ini Ya Allah . Terima kasih kerana Engkau tidak pernah leka , alpa dan melupakan hambaMu ini walau sedetik pun .

Dengan berputarnya bumi di paksinya , dengan adanya bintang yang bertempiaran di langit , dengan adanya siang yang terik dengan matahari dan malam yang tenang dengan bulanMu , dan dengan adanya seorang INSAN yang sentiasa suka dan duka bersama kita,  ia mengajarkan aku tentang erti berTERIMA KASIH kepadaMu ya Allah .



mungkin tidak semua apa yang diharapkan dan diinginkan oleh manusia akan mudah dicapai dengan usaha yang SEkali . dan mungkin bukan dengan usaha yang kedua kali dan ketiga kali . Bahkan mungkin usaha kita yang keseribu satu itulah , apa yang kita inginkan tercapai . Aku percaya dan yakin yang Allah sentiasa berada di sisi hambanya yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam kehidupan :)

'' PERTOLONGAN ALLAH MUNGKIN TIDAK DATANG TERLALU CEPAT , TETAPI PERTOLONGAN ALLAH SELALU DATANG DI SAAT YANG TEPAT''


seperti sukarnya soalan matematik tambahan , begitu juga sukar untuk kita mempunyai sifat kepercayaan . mungkin sukar bagi kita untuk mempercayai seseorang, dan sukar untuk mempercayai sesuatu , perkara yang tidak akan pernah letih ialah menjaga hati seorang sahabat daripada terluka dan terguris . jika disifirkan menjaga hati sahabat dengan sikap saling memahami mungkin akan wujudnya sifat kepercayaan itu dengan tidak kita sedari . :D  kita tidak perlu berjanji untuk sebuah 'perasaan' , tapi kita perlu berusaha berjanji untuk sebuah 'kepercayaan' .


''sahabat yang baik tidak akan menjadi orang lain, tetapi sahabat yang baik akan menerima sahabatnya apa adanya'' setiap jam setiap minit setiap detik adalah peluang untuk aku terus belajar . belajar untuk menjadi sahabat . bukan mencari sahabat . aku berusaha untuk memahami masalah yang dihadapi . aku berusaha untuk mengubah kesilapan yang pernah aku buat . sesungguhnya, aku ingin menjadi seorang sahabat yang ikhlas dan boleh membimbing seorang sahabatnya ke arah yang diredhai Allah .



''saya menangis ketika itu bukan bererti saya lemah , cuma saya sudah terlalu kuat selama ini''
sahabat adalah anugerah yang indah . mungkin kita boleh hidup tanpa kekasih . tetapi jarang sekali kita boleh hidup tanpa seorang sahabat yang sentiasa menemani walau sesaat . aku bukanlah seorang yang hebat, tetapi aku nak belajar menjadi seorang yang hebat . aku adalah orang yang biasa , tetapi aku ingin menjadi luar biasa . dan aku bukanlah orang yang istimewa , tetapi aku ingin membuat seseorang istimewa.

''Ya allah tetapkanlah hatiya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya dengan kebaikan, jauhkanlah hatinya dengan kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama , dunia dan akhirat''





#Trying To Understand #Trying to be your good listener #Terimakasih kerana mengajar aku erti berterima kasih #Jantung yang dijaga baik dengan berHati-hati ^^


sincerely ,
who hope .